Stevia tidak mengandungi kalori
walaupun ianya mempunyai 300 kali ganda rasa lebih manis berbanding gula.
Steviol glycosides yang mengandungi ‘stevioside’ dan ‘rebaudioside’
mengandungi bahan aktif yang manis.
Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi serta mempunyai nilai pH yang stabil
dan tidak merangsang tindakbalas ‘glycemic’
malah ianya semakin digemari orang ramai
terutamanya individu yang ingin menghadkan pengambilan
karbohidrat serta mengelakkan diabetes.
Stevia juga digunakan sebagai penawar khusus
bagi menurunkan tekanan darah tinggi serta
mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Malah stevia mempunyai keunikan tertentu
seperti bahan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori.
Manakala secara tradisional pula,
stevia dipercayai mengandungi sifar kalori,lemak,kolestrol,gula dan karbohidrat.
Semakin ramai yang menghidap diabetes
dan semakin ramai yang menderita kerananya namun,
ianya tidak mampu mengurangkan kebergantungan
kepada gula atau manisan dari tebu ini.
Malahan stevia boleh menjadi alternatif untuk memaniskan makanan.
Ia dikatakan boleh menggantikan gula
untuk pesakit kencing manis yang juga dikategorikan
sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Terdapat beberapa pendapat menyatakan
stevia juga digunakan sebagai tonik
untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.Kini,masyarakat menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi malah menjadi perisa makanan sejak 20 tahun diluluskan.
No comments:
Post a Comment