Maklumat Terkini

Kini Bekalan anak pokok dan daun kering Stevia bolehlah didapati di Sabah Dan Sarawak untuk maklumat lanjut sila hubungi zilla :0136445742 atau emailkan ke steviamelaka@gmail.com untuk mengetahui lokasi,harga dan pertanyaan.




PROMOSI ANAK POKOK STEVIA :
### PROMOSI TAHUN BARU 2012..BERBALOI-BALOI..CEPAT.. ###

Pembelian adalah

*RM350.00 pertray

...

Daun Kering Stevia RM 150/KG

CEPAT!!! CEPAT!!! PROMOSI !!




*Untuk maklumat lanjut hubungi
zilla :013-6445742(SABAH & SARAWAK) / zain(MELAKA) 0136221455

16 December 2010

Campuran Tanah



CAMPURAN TANAH



Tajuk yang selalu dibincangkan dalam perkebunan adalah tentang campuran tanah yang digunakan untuk menanam pokok di dalam pasu., kotak tanaman, karung plastik, semaian biji benih dan lain-lain. Di negara yang telah maju, bidang ini masih juga lagi menjadi bahan kajian tetapi boleh dikatakan telah banyak mendapat kejayaan dan tidak lagi menjadi persoalan yang besar. Kejayaan mereka ini, bagaimanapun tidak boleh dibawa ke negara ini. Ini adalah kerana perbezaan cuaca dan spesies pokok.

Di Malaysia, usaha dan kajian ini masih lagi tidak banyak dijalankan tetapi kejayaan dari negara yang telah maju ini, berserta dengan pengalaman pekebun boleh juga dijadikan asas dan panduan.

Sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut tentang campuran tanah ini, terlebih dahulu diterangkan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam campuran ini.

Bahan-Bahan Campuran

Tanah Atas

Tanah yang digunakan untuk campuran tanah sama ada untuk tanaman pasu, kotak semaian atau karung plastik ialah tanah yang subur dan gembur keadaannya. Tanah ini sebaik-baiknya diambil daripada tanah hutan. Ambil kira-kira 15 cm dari permukaan atas, keringkan tanah itu ditempat yang redup dan kemudian diayak untuk membuang segala akar dan bahan lain yang tidak berguna.

Sekiranya sukar untuk mendapatkan tanah hutan boleh juga diambil tanah-tanah berumput dengan mencangkul kira-kira setebal 15 cm tanah permukaan atas. Tanah ini kemudian dikeringkan dengan meletakkan bahagian yang ada rumput ke bawah. Setelah kering bersihkan akar-akar rumput dan kemudian diayak.

Ada pekebun membakar tanah ini bertujuan untuk membasmi kuman-kuman yang membahayakan tumbuhan dan membaiki keadaan rongga tanah supaya air tidak mudah bertakung. Membakar tanah ini adalah baik bagi setengah-setengah jenis tanaman dan penyemaian biji yang halus.

Tanah Gambut

Tanah gambut terjadi dari bahan-bahan kayu-kayan yang telah reput selama beratus-ratus tahun kerana ditenggelami air. Tanah ini boleh didapati di tepi-tepi laut, sungai dan paya hingga beberapa meter dalamnya. Tanah ini keadaannya berasid dan banyak mengandungi unsur nutrien pokok seperti nitrogen kerana kejadiannya adalah daripada kayu-kayan, tetapi keadaan yang berasid ini menyebabkan unsur-unsur nutrien ini tidak dapat diambil oleh tumbuhan kecuali jika keadaan berasid ini dibaiki. Ini boleh dilakukan dengan menaburkan kapur bagi meninggikan pHnya 4.5 hingga 6.5

Tanah gambut boleh digunakan untuk campuran bagi tanaman di dalam pasu. Tanah ini diambil dari permukaan atas sahaja dan dianginkan di tempat yang teduh supaya menjadi kering. Tanah ini kemudian diayak dan ditabur kapur.

Di negara yang telah maju, tanah gambut menjadi satu bahan yang berguna bagi membaiki keadaan tanah perkebunan. Tanah gambut dikeringkan dan dicampurkan dengan nutrien-nutrien yang lain dan disesuaikan dengan keadaan tanaman. Bagaimanapun di Malaysia tanah gambut masih tidak begitu banyak digunakan dalam perkebunan.

Najis Haiwan

Najis haiwan seperti najis lembu, kambing,kerbau, ayam dan lain-lain biasanya digunakan dalam campuran tanah untuk pasu. Najis ini hendaklah yang telah benar-benar reput dan jangan sekali-kali menggunakan najis yang baru. Bagaimanapun najis lembu, kerbau dan kambing mengandungi biji-biji rumput dan akan timbul masalah rumput.

Pasir

pasir yang baik sekali ialah pasir yang kasar, iaitu pasir sungai. Pasir lombong tidak baik digunakan tetapi jika terpaksa menggunakannya pasir ini perlu diayak dan dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan.

Daun-Daun Reput

Daun-daun reput ialah daun-daun yang telah lama gugur ke bumi dan keadaannya sudah reput. Daun-daun reput boleh dipungut dari dalam hutan dan kemudian dicincang halus dan digunakan dalam campuran untuk tanaman pasu dan sebagainynya.

Daun-daun dan sampah sarap yang lain boleh juga dikumpulkan dan ditimbunkan di satu tempat yang redup dan dibiarkan reput. Reputan daun dan sampah-sampah dibalik-balikkan sekali-sekala dan apabila cukup reput dicincang halus untuk campuran tanah pasu.

Penggunaan daun-daun reput ini sama juga dengan penggunaan baja kompos tetapi faedah yang lebih penting ialah daun-daun reput ini banyak memberi faedah kepada setengah-setengah jenis tumbuhan iaitu tumbuhan yang mempunyai akar udara dan juga setengah-setengah biji benih yang memerlukan daun-daun reput bagi menggalakkan percambahannya.

Serbuk Gergaji

Serbuk gergaji boleh didapati dari kilang memproses kayu. Serbuk gergaji yang baik ialah yang baru dan cukup bersih. Kebaikan menggunakan serbuk gergaji adalah semata-mata membantu campuran tanah itu menjadi lembap yakni tidak cepat kering.

Menyediakan Campuran Tanah.

Bahan-bahan seperti yang telah diterangkan di atas ialah bahan-bahan yang biasa digunakan dalam campuran tanah untuk tanaman pasu atau peti tanaman. Masalah yang timbul ialah nisbah campuran yang perlu disesuaikan dengan keperluan tiap-tiap spesies pokok. Tidak ada panduan bagi menentukan keperluan pokok ini. Ada pokok yang memerlukan pasir yang banyak dan ada pula yang memerlukan tanah atas yang banyak.

Faktor-faktor lain yang memperngaruhi pertumbuhan pokok perlu juga di ambil kira. Bagaimanapun, pH tanah campuran boleh dijadikan asas bagi menentukan kejayaan campuran tanah.

Pengalaman saya dalam menyediakan campuran tanah hanyalah berasaskan nisbah campuran seperti di bawah ini.
5 - 7 bahagian tanah bakar atau tanah atas
3 bahagian najis haiwan
2 bahagian pasir sungai

Bagi tiap-tiap 1 meter padu campuran di atas, dicampurkan kira-kira 250 gram fosfat batu dan setelah digaul, hendaklah disimpan ditempat yang teduh kira-kira 2 - 3 minggu barulah digunakan. Sesuaikan pH tanah ini dengan mencampurkan kapur bagi mendapatkan pH tanah dari 4.5 hingga 6.5 pH pada julat ini adalah yang sesuai bagi kebanyakan tanaman di Malaysia.

Campuran Tanah Lain

Campuran untuk keratan kayu keras dan sederhana
2 bahagian pasir sungai
1 bahagian serbuk gergaji

Campuran untuk keratan kayu lembut dan hijau
2 bahagian pasir sungai
1 bahagian serbuk gergaji
1/2 bahagian najis haiwan yang reput

Campuran untuk pembiakan tut
2 bahagian tanah atas atau tanah bakar
1 bahagian pasir sungai

Campuran untuk semaian biji halus
2 bahagian tanah bakar
1 bahagian pasir
1 bahagian najis haiwan yang reput

Campuran untuk tanaman dalam famili Araceae
2 - 3 bahagian tanah bakar
1 - 1 1/2 bahagian daun reput
1 bahagian pasir
1/2 - 1 bahagian najis haiwan yang reput


Bagi setiap 1 meter padu, campuran ini digaul pula dengan 150 - 200 gram superfosfat.

Campuran untuk tanaman palma
3 - 5 bahagian tanah atas
3 bahagian najis haiwan
2 bahagian pasir sungai


Bagi tiap-tiap 1 meter padu, campuran campur dengan 225 gram Christmas Island R Phosphate.

Campuran untuk kebanyakan pokok tumbuhan renek
5 - 7 bahagian tanah atas
3 bahagian najis hawian
2 bahagian pasir sungai


Bagi tiaptiap meter padu, campuran ini campur dengan 225 gram Christmas Island R Phosphate.

Perlulah diingatkan bahawa tiap-tiap campuran yang disyorkan di atas adalah panduan semata-mata. Faktor-faktor lain yang turut menentukan kejayaan sesuatu campuran, seterusnya kejayaan tanaman ialah pemberian baja yang berpengairan, kawalan keselamatan pokok dan faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan pokok.

Jenis Media Tumbesaran

Bahan-bahan yang telah diterangkan di atas boleh dijadikan atau digabungkan untuk dijadikan jenis media tumbesaran yang sesuai antaranya.
tanah campuran
tanah bakar
kompos

Campuran tanah John Innes

Campuran Tanah Semaian

Campuran tanah semaian yang dikenali sebagai campuran John Innes Seedling Compst (J.I.S) adalah seperti berikut:-

2 bahagian isipadu tanah peroi
1 bahagian isipadu baja organan
1 bahagian isipadu pasir ditapis dan diayak dengan dawai jaringan berkuruan 1 sm


Campuran ini sesuai untuk semaian bijibenih bunga dan sayuran dan juga boleh digunakan sebagai media perakaran untukpembiakan tampang. Bagi tiap-tiap satu campuran, baja permulaan perlu dicampurkan dengan kadar:-
1.5 kg fosfat lampau dua ganda (Double Super Phosphate) untuk
1.0 kg batu kapor (Ground Magnesium Limestone) 1 meter isipadu

Campuran tanah pasu atau beg politina

Campuran ini dipanggil John Innes Potting Compost (J.I.P). Terdapat dua bentuk campuran:-
7 bahagian isipadu tanah peroi
3 bahagian isipadu baja organik
2 bahagian isipadu padir


3 bahagian isipadu tanah peroi
2 bahagian isipadu bahan organik
1 bahagian isipadu pasir

Baja permulaan yang dicampur ialah:-
4.2 kg malameal (7;10:4:8)
2.7 kg batu kapur
untuk 1 meter isipadu

Penyediaan Campuran Tanah

Untuk menyediakan campuran tanah terutama campuran tanah semaian (J.I.S) bahan-bahan yang hendak diguankan secara berasingan.

Sukat bahan-bahan tadi dan longokkan (Rajah 2). Sukatan boleh dibuat dengan menggunakan peti/tong sukat atau lain-lain bekas yang sesuai seperti baldi, tetapi lebih mudah menggunakan bekas yang tetap ukurannya supaya mudah menganggarkan baja-baja asas yang diperlukan. Contohnya, sekiranya bekas dibuat dengan ukuran 50sm x 50sm x 50sm muatannya ialah 1/8 meter isipadu.



Rajah 2: Susunan Campuran Tanah

Gunakan penyodok untuk menebar lapisan bahan-bahan tadi dari satu tempat ke satu tempat sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Dengan cara ini bahan-bahan tadi dapat digaul rata.

Tanah Bakar

Tanah bakar ini biasa digunakan untuk tanaman di dalam pasu. Sebaik-baiknya tanah ini di bakar selama 8 jam dan boleh juga dipanjangkan selama hingga ke 96 jam bergantung kepada banyakkanya tanah yang hendak dibakar.

Tanah ini sesuai untuk media tumbesaran air dan udara dapat mengalir dengan baik. Selain daripada itu ianya bersih dari segala organisme yang merbahaya dan biji-bijian rumpai. Pembakaran tanah juga memnyebabkan asid dalam kandungan tanah berkurangan. Namun demikian membakar tanah menyebabkan unsur fosforus dan kalium berkurangan. Oleh itu baja perlu ditambah.

No comments:

Top Comment :
zilla. Powered by Blogger.